Search
Close this search box.

Tiada kuarantin: apa kata rakyat Sarawak ??

KUCHING: Rata-rata rakyat Sarawak menyambut baik keputusan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak untuk memberi pelepasan kuarantin bagi kemasukan ke negeri ini.

Kelonggaran itu diberi berdasarkan penilaian situasi semasa COVID-19 di Sarawak selain mengambil kira peningkatan jumlah individu yang telah lengkap divaksinasi di seluruh negara.

Bagi Nazirah Hanipi, keputusan JPBN Sarawak merupakan satu usaha yang baik bagi mereka yang menghadapi masalah seperti kecemasan, kematian keluarga dan sebagainya.

Nazirah Hanipi, Pekerja Swasta

“Saya rasa ini satu keputusan yang baik untuk mereka yang telah lengkap vaksin, dan kita tidak tahu mungkin ada dikalangan mereka yang telah lama tidak balik ke kampung menghadapi masalah kecemasan, sebab saya kira kalau kuarantin 14 hari seperti sebelum ini ia agak terlalu lama, dan saya rasa tiada keperluan untuk kuarantin dalam tempoh yang agak lama.” kata Nazirah.

Sementara itu menurut Hafizul Abdullah, kesempatan seperti ini telah melegakan anak-anak perantau untuk melepaskan rindu berjumpa dengan keluarga tersayang.

Hafizul Abdullah, Pekerja Swasta

Katanya biarpun kerajaan telah memberi kelonggaran seperti ini, pematuhan terhadap SOP harus tetap menjadi keutamaan bersama .

“keptusan yang tepat dilakukan Kerajaan Sarawak untuk mereka yang telah lengkap divaksinasi, saya rasa inilah peluang untuk anak-anak berjumpa ibu bapa mereka di kampung dan kalau boleh sebelum berjumpa dengan keluarga nanti buatlah saringan kendiri supaya tidak berlaku sebarang penularan.” kata Hafizul.

Salmah Mohamad, Pesara

Dalam pada itu bagi seorang ibu yang telah lama tidak berjumpa dengan anak-anaknya, Salmah Mohamad, beliau mengucapkan ribuan terima kasih atas usaha kerajaan yang telah memberi kelonggaran seperti ini.

“Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada kerajaan sarawak yang telah memberi kelonggaran seperti ini, sebab jika sebelum ini anak-anak saya perlu mendapatkan cuti yang mencukupi sebelum balik ke sarawak kerana dulu mereka perlu kuarantin selama 14 hari, sekarang kalau dah lengkap vaksin tidak perlu lagi.” ujar Salmah Mohamad.

Terdahulu kerajaan sarawak menerusi JPBN Sarawak telah mengumumkan kelonggaran pelepasan kuarantin bagi individu yang telah lengkap divaksinasi untuk kemasukan ke sarawak berkuatkuasa 16 September 2021.

Namun bagi individu yang belum lengkap vaksinasi diwajibkan untuk menjalani kuarantin selama 10 hari sahaja.

Sementara tiada perubahan garis panduan untuk individu dari luar negara bagi kemasukan ke negeri ini.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan