Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Douglas Uggah Embas , UNIMAS
Douglas Uggah Embas , UNIMAS

Balik kampus, UNIMAS susun semula jadual pengajian

ByKhairil Zharif Affindie

KUCHING, 17 Sept : Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) bersedia untuk menerima kemasukan semula pelajar ke kampusnya susulan pengumuman Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) yang akan melaksanakan langkah itu secara berperingkat bermula 15 Oktober ini.

Pengerusi Jawatankuasa COVID-19 UNIMAS, Prof Mohd. Fadzil Abd Rahman berkata, selain membuat persiapan yang diperlukan, universiti berkenaan memilih pendekatan untuk memberi keutamaan kepada pelajar jurusan tertentu terutamanya melibatkan fakulti perubatan dan kejuruteraan.

” Bagi fakulti yang boleh melaksanakan pembelajaran secara dalam talian, UNIMAS menggalakkan kaedah berkenaan diteruskan bagi sesi akademik akan datang,” katanya ketika ditemui TVS di pejabatnya hari ini.

Sebelum ini, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Noraini Ahmad berkata, kemasukan pelajar yang lengkap divaksin ke institusi pengajian tinggi (IPT) akan melibatkan semua kategori pelajar dan semua Fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang memberi keutamaan kepada pelajar berkeperluan.

Mengulas lanjut, Mohd. Fadzil berkata, jawatankuasa COVID-19 universiti berkenaan telah menyusun kembali jadual sidang akademik agar pelajar dapat kembali ke kampus secara berperingkat seperti disarankan kementerian.

” Langkah ini juga bagi mengelakkan berlakunya limpahan pelajar jika jadual pengajian tidak dikemaskini,” katanya.

Pada masa sama, beliau menjelaskan universiti berkenaan akan memastikan ujian calitan COVID-19 akan dilaksanakan secara berjadual untuk memastikan keselamatan serta kesihatan para pelajar dan warga kampus.

” Sebagai usaha membendung penularan virus ini, UNIMAS akan memastikan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) selain mematuhi garis panduan ditetapkan KPT termasuklah melengkapkan vaksinasi,” katanya. -TVS

Pengerusi Jawatankuasa COVID-19  UNIMAS, Prof Mohd Fadzil Abd Rahman
Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan