Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Awang Tengah wakili Ketua Menteri hadiri Sambutan Hari Malaysia di Sabah

KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan menghadiri Sambutan Hari Malaysia peringkat kebangsaan yang di adakan di Sabah International Convention Centre malam tadi.

Datuk Amar Awang Tengah mewakili Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Haji Openg pada majlis tersebut.

Antara kenamaan yang menghadiri acara tersebut adalah Tuan Yang Terutama negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin, Perdana Menteri Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Hajiji Noor, Menteri Komunikasi dan Multimedia merangkap Menteri bertanggung jawab Sambutan Hari Malaysia 2021, Tan Sri Annuar Musa dan barisan menteri kabinet negeri Sabah.

Majlis tersebut menyaksikan tayangan Montaj Khas Malaysia Prihatin dan upacara simbolik menandatangi buku khas sambutan Hari Malaysia 2021.

End.

Datuk Amar Awang Tengah menandatangi buku khas sambutan Hari Malaysia sambil disaksikan (berdiri dari kiri, Annuar, Hajiji dan Ismail)

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan