Search
Close this search box.

Kelonggaran aktiviti sukan bersentuhan, Sarawak tunggu lampu hijau JPBN

ByLuqman Muhammad

KUCHING: Kelonggaran bagi aktiviti sukan dan rekreasi bersentuhan fizikal bagi sektor sosial di Sarawak akan dibenarkan semula jika situasi semasa penularan jangkitan COVID-19 di negeri ini berada dalam keadaan yang stabil, selain menunggu lampu hijau daripada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak.

Menteri Belia dan Sukan Sarawak, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, beliau memberi jaminan bahawa kelonggaran seumpama itu akan dibenarkan semula memandangkan peratusan program vaksinasi di seluruh negeri ini telah mencapai tahap yang disasarkan.

Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah, Menteri Belia dan Sukan Sarawak

“Setakat ini sukan-sukan bersentuhan masih lagi tidak dibenarkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, akan tetapi memandangkan sudah nampak kelonggaran yang dibuat seperti arahan kemasukan ke negeri ini, saya kira sektor sosial sukan dan pelancongan juga akan dibuka.” katanya ketika menghadiri majlis ringkas menyambut ketibaan atlet paralimpik negara di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching di sini, pada Khamis.

Abdul karim menambah, keloggaran itu juga amat diperlukan lebih-lebih lagi untuk kumpulan atlet yang mewakili negeri dalam kejohanan-kejohanan tertentu.

Terdahulu Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan kelonggaran bagi aktiviti sukan dan rekreasi bersentuhan fizikal bagi sektor sosial di negeri fasa 2 dan fasa 3.

Ismail Sabri dalam satu kenyataan pada rabu mengumumkan beberapa aktiviti melibatkan pengoperasian fasiliti sukan dan rekreasi terbuka (outdoor) dan tertutup (indoor) dibenarkan kepada individu telah lengkap vaksin (secara tempahan, sanitasi, penjadualan penggunaan dan pemantauan rapi.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan