Search
Close this search box.

Grab Malaysia & KPDNHEP lancar minggu Peniaga Kecil

KUALA LUMPUR, 15 Sept: Baru – baru ini grab malaysia bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) melancarkan kempen minggu kecil bagi mmebantu perniagaan kecil makanan dan minuman tempatan menerusi dalam talian.

Menteri KPDHNEHP Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, kempen ini sebahagian daripada program perniagaan kecil grab food bagi membantu peniaga tempatan menyesesuaikan diri dalam norma baharu.

Menurut Nanta, usaha ini sejajar dengan matlamat kementerian untuk membantu perniagaan mendepani cabaran sekali gus memperkasakan perniagaan secara progresif.

“Dengan lebih 98.5 peratus perniagaan di malaysia terdiri daripada perusahaan kecil dan sederhana, kami digalakkan untuk melihat platform seperti grab yang menyokong perniagaan kecil melalui teknologi dan pelbagai usaha dilaksanakan seperti promosi minggu peniaga kecil.

“Kejayaan daripada projek perintis grab minggu peniaga kecil sangat memberangsangkan kerana ia adalah cara tambahan untuk meningkatkan perniagaan,” ujarnya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Sementara itu menurut Grab Malaysia dalam satu kenyataan berkata, promosi ini dijangkan memanfaatkan hampir 39,000 perniagaan kecil manakala dari 24 hingga 30 september pengguna boleh menikmati diskau 30 peratus bagi pesanan melebihi rm20 dengan menggunakan kod promo PENIAGAKECIL.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan