Search
Close this search box.

Sarawak bakal umum strategi mitigasi dalam masa terdekat, tangani peningkatan kes COVID-19

ByOdleen Catherny

KUCHING, 12 Sept : Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (JKNS) sedang merangka perancangan strategi mitigasi dan strategi terperinci bersama Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri dan Kementerian Kesihatan Malaysia bagi menangani peningkatan kes COVID-19 dalam negeri.

Menurut Pengarahnya, Datuk Dr Mohamed Sapian Mohamed, pengumuman strategi akan dilakukan dalam masa terdekat.

Selain itu juga katanya bagi mengesan kes-kes positif dengan lebih cepat, pihaknya akan meluaskan penggunaan Kit Ujian Pantas (RTK) Antigen di seluruh Sarawak.

“Sekiranya kes dapat dikesan dengan cepat maka tindakan kawalan juga dapat dilakukan dengan pantas.

“Pihak kami akan terus menilai situasi COVID-19 di Sarawak dan langkah-langkah penambahbaikan dijalankan mengikut situasi semasa,” katanya dalam satu kenyataan, pada Ahad.

Sementara itu katanya jumlah 5,291 kes baru hari ini adalah dari 28,065 keputusan sampel yang diuji dengan kadar positif adalah 18.8 peratus.

“Ini menunjukkan kejadian penularan ini telah berlaku secara meluas dalam komuniti.

“Kes harian yang tinggi telah menyebabkan peningkatan aktiviti pengesanan aktif kontak kepada kes di semua bahagian di Sarawak terutamanya di lokaliti yang mempunyai kluster aktif,” jelasnya.

Pada masa sama, beliau memberitahu bilangan sampel yang tinggi telah membebankan kapasiti makmal sedia ada yang secara langsung memanjangkan tempoh masa diperlukan untuk memperolehi keputusan ujian walaupun melalui penyumberluaran yang telah dilaksanakan.

“Ini mengakibatkan banyak sampel yang tertunggak sehingga lima hari,” ujarnya lagi.

Bagaimanapun, beliau memberi keyakinan bahawa meskipun berlaku tunggakan masa dalam memperolehi keputusan, semua kontak yang berisiko telah diberi surat perintah Pengawasan dan Pemantauan di Rumah (HSO) bagi mengelakkan penyebaran dalam komuniti.

Untuk rekod, daripada jumlah 5,291 kes baharu yang dikesan pada hari ini, 99.9 peratus kes berada pada tahap kategori 1 (tiada gejala) dan kategori 2 (mempunyai gejala yang ringan) semasa dikesan positif.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan