Search
Close this search box.

Rakyat tidak perlu panik meski kes harian COVID-19 melonjak

ByOdleen Catherny

KUCHING, 7 Sept : Masyarakat di Sarawak dinasihatkan untuk tidak panik melihat jumlah kes-kes harian COVID-19 yang melonjak tinggi saban hari di negeri ini.

Ini kerana 99 peratus kes dilaporkan adalah daripada kategori mereka yang tidak bergejala dan bergejala ringan.

Pengarah Kesihatan Negeri Sarawak Datuk Dr Mohamed Sapian Mohamed mengingatkan orang ramai untuk tidak mengandaikan sebarang kemungkinan yang boleh melahirkan kebimbangan semua pihak sebaliknya terus mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) dengan penuh disiplin.

“Tidak perlu panik dengan kes-kes harian yang tinggi. Kebanyakan kes adalah daripada kategori 1 dan 2. Kes-kes kritikal yang direkodkan sangat sedikit, malah ada masanya sifar kes dilaporkan dalam kategori kritikal,” katanya ketika dihubungi TVS, pada Selasa.

Pada masa sama beliau memberitahu pengurangan dalam kes-kes kritikal adalah bukti keberkesanan vaksin lebih-lebih lagi Sarawak kini sudah mencapai lebih 80 peratus golongan dewasa divaksinasi.

Sementara itu, Sarawak bersedia untuk memvaksin lebih 90,000 remaja 16 hingga 17 tahun bermula Rabu untuk dos pertama vaksin COVID-19.

Proses vaksinasi akan dijalankan di seluruh bahagian di negeri ini mengikut pusat pemberian vaksin yang telah dikenalpasti.

Pada Ahad, Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata Sarawak di peringkat akhir persiapan program vaksinasi rakyatnya berumur 12 hingga 17 tahun.

Uggah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak berkata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin sebelum ini memberitahu program seluruh negara itu akan bermula di Sarawak dengan mengambil kira negeri ini sudah mencapai penanda aras ditetapkan, 80 peratus rakyat dewasanya sudah lengkap dua dos vaksin COVID-19.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah sebelum ini juga memberitahu program imuninasi remaja berusia 12 hingga 17 tahun di bawah PICK dibahagikan kepada dua golongan iaitu berusia 12 hingga 15 tahun yang mempunyai masalah kesihatan tertentu serta individu dengan atau tanpa masalah kesihatan.

Menjelas lanjut Dr Norr Hisham berkata remaja yang mempunyai masalah kesihatan tertentu perlu menjalani penilaian pra-vaksinasi oleh pegawai atau pakar perubatan.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan