Search
Close this search box.
Berkuat kuasa 4 Julai, warganegara Malaysia yang pulang ke negara ini tidak perlu lagi mengisi dan melengkapkan ciri-ciri pas pengembara dalam aplikasi MySejahtera, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin. --foto Bernama

Tiada kes kematian akibat komplikasi vaksin di Malaysia – KJ

ByFirdaus Ismail

KUALA LUMPUR, 1 Sept : Tiada kes kematian akibat komplikasi selepas menerima suntikan vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) yang bermula pada Februari lepas.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, berdasarkan data, hanya 0.04 daripada 1,000 dos dilaporkan mengalami kesan sampingan susulan imunisasi (AEFI).

Ujarnya, majoriti yang terkesan pula hanya memerlukan rawatan dan tempoh pemantauan yang singkat di hospital.

” Bagaimanapun untuk memberi keyakinan kepada rakyat, Kementerian Kesihatan (KKM) akan mengeluarkan data yang lebih terperinci mengenai AEFI pada minggu depan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar pertamanya selaku Menteri Kesihatan di sini hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah.

Sementara itu, Khairy Jamaluddin berkata, Malaysia kini di peringkat persiapan untuk menganggap pandemik COVID-19 sebagai endemik menerusi konsep ‘hidup bersama virus’

” Kita harus menerima hakikat bahawa sekiranya kita berjaya mengawal pandemik ini, kita juga perlu bersedia untuk menerima kenyataan bahawa akan tiba masanya nanti virus ini akan menjadi endemik. Oleh itu, kita mesti mengambil langkah- langkah untuk hidup bersama virus ini,” katanya.

Mengulas lanjut beliau berkata, sebagai persediaan untuk hidup bersama COVID-19, beberapa tindakan perlu dilakukan oleh seluruh masyarakat termasuk mengamalkan normal baharu , mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dalam mencegah jangkitan virus dan sentiasa memakai pelitup muka di kawasan awam.

” Daftarkan diri anda dan keluarga bagi mendapatkan vaksin COVID-19 dan amalkan kuarantin kendiri di rumah dengan penuh tanggungjawab sekiranya dikenalpasti di aplikasi MySejahtera sebagai kontak rapat, kontak kasual, Person Under Surveillance (PUS), kes suspek atau kes yang telah disahkan,” katanya.

Berhubung dengan kes jangkitan baharu yang masih tinggi walaupun jumlah populasi dewasa di negara ini telah divaksin semakin tinggi, beliau menjelaskan peningkatkan kes mendadak mula berlaku pada Julai terutamanya di Wilayah Persekutuan Labuan, Lembah Klang dan Negeri Sembilan selari dengan peningkatan kes varian Delta di seluruh dunia.

” Kerajaan ketika itu membuat keputusan untuk mempertingkatkan pemberian vaksin di negeri -negeri terlibat bagi mengurangkan kes jangkitan teruk serta kematian dan keberkesanan vaksin mula dapat dilihat pada awal Ogos apabila trend kemasukan pesakit ke hospital di negeri -negeri yang liputan vaksin melebihi 50 peratus seperti Sarawak, Lembah Klang, Negeri Sembilan dan Wilayah Persekutuan Labuan telah menurun,” katanya.

Sehubungan itu, katanya ketika ini program vaksinasi akan dipertingkatkan di lima negeri yang sedang mengalami peningkatan kes mendadak iaitu Johor, Sabah, Kelantan, Pulau Pinang dan Kedah. -TVS

Ikuti TVS di TelegramFacebook, TwitterInstagramTikTok dan YouTube.


TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan