Search
Close this search box.

2,414 kes COVID-19 dan 7 kematian baharu dicatatkan hari ini di Sarawak

ByKhairil Zharif Affindie

KUCHING: Sarawak pada hari ini mencatatkan 2,414 kes COVID-19 dengan tujuh kematian baharu.

Bagaimanapun sebanyak 99.71 peratus tergolong dalam Kategori Satu dan Kategori Dua, ataupun bersamaan dengan 2,407 kes.

Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, tiga kes adalah dalam Kategori Empat, manakala Kategori Lima ada empat kes baharu.

Lima daerah di Sarawak yang mencatatkan jumlah kes tertinggi adalah Kuching  dengan 1,031 kes, Bintulu (174), Sibu (121), Subis (115) dan Betong (107).

Ini menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 118,972 kes.

“Lain-lain kes dikesan di Sri Aman (92), Bau (91), Simunjan (76), Samarahan (73), Asajaya (64), Serian (60), Tebedu (55), Limbang (53), Song (49), Miri (33), Kapit (33), Tatau (32), Saratok (31), Lawas (21), Selangau(19), Lubok Antu(17), Lundu (13), Pusa (13) dan Sarikei (11),” kenyataan pada hari ini menyebut.

JPBN Sarawak menambah, turut mencatatkan kes adalah Belaga (6), Kanowit (6), Sebauh (5), Mukah (4), Bukit Mabong (4), Pakan (3), Dalat (1) dan Meradong (1).

Terdapat tujuh kematian dilaporkan, yang menjadikan keseluruhan kes kematian kini seramai 533 orang, iaitu melibatkan empat perempuan dan tiga lelaki tempatan berusia antara 62 hingga 85 tahun.

Empat kematian dilaporkan di Hospital Umum Sarawak , dua di Hospital Sarikei dan satu di Hospital Sibu.

Terdapat 2,238 kes pulih yang menjadikan jumlah kes pulih kini seramai 92,156 orang dengan jumlah kes masih aktif seramai 26,075.

Sementara itu, dua kluster baharu diisytiharkan di Sarawak yang melibatkan satu kluster komuniti dan satu kluster tempat kerja.

Ikuti TVS di TelegramFacebook, TwitterInstagramTikTok dan YouTube.

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan