Search
Close this search box.

Bayaran BKC mula dibayar 6 September – PM

ByFirdaus Ismail

KUALA LUMPUR, 1 Sept : Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengarahkan Kementerian Kewangan supaya mempercepatkan pembayaran Bantuan Khas COVID-19 (BKC).

Selaras dengan arahan berkenaan, Ismail Sabri berkata, pada hari ini dana berjumlah RM3.1 bilion telah disalurkan kepada institusi perbankan yang berkaitan.

” Saya mengambil maklum isu kelewatan bayaran BKC yang sepatutnya dilaksanakan pada Ogos. Menerusi tindakan hari ini, proses pengkreditan fasa satu akan bermula pada 6 September dan dijangka selesai menjelang 10 September,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Menurut Perdana Menteri, BKC dijangka akan memanfaatkan seramai 10 juta penerima yang terdiri daripada kategori miskin tegar, B40 dan golongan bujang yang berkelayakan.

” BKC merupakan sebahagian daripada inisiatif Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH), selain bayaran tambahan kepada pakej rangsangan ekonomi,” katanya.

Kerajaan pada 28 Jun lepas telah mengumumkan Pakej PEMULIH sebagai antara inisiatif pemberian bantuan menyeluruh kepada rakyat dalam mengharungi kesan akibat pandemik COVID-19.

Mengulas lanjut, Perdana Menteri berkata, beliau sentiasa peka terhadap keluh-kesah rakyat dan berharap pembayaran BKC ini sedikit sebanyak mampu meringankan beban rakyat yang terkesan akibat COVID-19

” Kerajaan terus komited dalam memastikan kesejahteraan Keluarga Malaysia, terutamanya kumpulan sasar,” katanya.

Menerusi pakej diumumkan sebelum ini, isi rumah kategori miskin tegar akan menerima bantuan sebanyak RM1,300 melibatkan tiga kali fasa pembayaran manakala warga emas (sebatang kara) dan bujang akan menerima RM500 dengan dua kali pembayaran.

Pada masa sama, BKC juga memberi bantuan kepada golongan B40 dengan jumlah bayaran sebanyak RM800 akan diberikan menerusi dua fasa pembayaran manakala warga emas dan bujang akan menerima RM200.

Bagi kumpulan M40 pula, isi rumah akan dibantu sebanyak RM250 manakala warga emas yang tinggal seorang diri dan bujang akan menerima sagu hati sebanyak RM100. -TVS

Ikuti TVS di TelegramFacebook, TwitterInstagramTikTok dan YouTube.

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan