Search
Close this search box.

Bantuan untuk rakyat perlu disegerakan

ByFirdaus Ismail

KUALA LUMPUR, 1 Sept : Perdana Menteri mahu segala bantuan yang telah diumumkan untuk membantu rakyat mesti diberikan segera bagi membantu golongan yang terkesan akibat pandemik COVID-19.

Dalam soal ini menurut Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, tindakan pantas dan bersepadu perlu menjadi aspek utama bagi membebaskan negara ini daripada ancaman wabak penyakit, kegawatan ekonomi serta kekusutan politik yang dihadapi rakyat sebelum ini.

” Dalam mesyuarat Kabinet pertama yang dipengerusi oleh saya menerusi sidang video , penekanan utama ialah membincangkan status terkini jangkitan COVID-19 di negara kita.

” Semua kementerian perlu bergerak proaktif bagi pengukuhan tindakan tahap kesihatan demi melonjakkan semula aktiviti ekonomi yang memberi manfaat utama kepada rakyat,” katanya menerusi hantaran di Instagram hari ini.

Pada masa sama, Ismail Sabri berkata, beliau turut mengingatkan para menteri dan dan setiap kementerian perlu membuktikan pencapaian dalam tempoh 100 hari.

“Saya akan memastikan kabinet ini berasaskan keberhasilan yang mengutamakan kestabilan dan keselamatan Keluarga Malaysia,” ujarnya. -TVS

Ikuti TVS di TelegramFacebook, TwitterInstagramTikTok dan YouTube.

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan