Search
Close this search box.

Lelaki Maut Jatuh Tangga Selepas Bergaduh Dengan Kekasih

ByNur Suhaida Muliyono

PADAWAN: Seorang lelaki disahkan meninggal dunia selepas tergelincir di tangga dalam kejadian di sebuah rumah sewa di Batu 7, Jalan Penrissen.

Mangsa dipercayai telah tergelincir dan terjatuh ketika berada di tangga yang mempunyai 10 anak tangga, sebelum tidak sedarkan diri.

Difahamkan sebelum kejadian itu, berlaku pertengkaran mulut antara mangsa dan kekasihnya.

Timbalan Ketua Polis Daerah Padawan, DSP Lim Jaw Shyong berkata selepas pertengkaran itu mangsa keluar dari bilik menuju ke tangga.

Selepas mendengar bunyi sesuatu terjatuh, kekasih mangsa serta penjaga rumah sewa berkenaan meluru ke arah bunyi itu dan kelihatan mangsa telah terbaring di ruang kaki lima antara anak tangga.

Siasatan awal di tempat kejadian tidak menemui sebarang unsur jenayah.

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Mayat telah dibawa ke Hospital Umum Sarawak untuk siasatan lanjut.

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan