Search
Close this search box.

Kilang hanya boleh beroperasi jika 80 peratus pekerja divaksin – PM

ByFirdaus Ismail

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan sektor perkilangan di negara ini hanya akan dibenarkan beroperasi sekiranya kadar vaksinasi pekerja mencapai 80 peratus, dan ianya merupakan pendirian rasmi kerajaan.

Sehubungan itu, beliau mahu semua pemilik kilang yang menggaji pekerja asing supaya menjadikan premis mereka sebagai pusat pemberian vaksin (PPV).

“Kilang seharusnya menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi dan bukannya menjadi pusat penyebaran COVID-19. Saya telah berbincang dengan Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan dan Ketua Pengarah Kesihatan supaya pekerja asing tidak perlu lagi beratur hingga menyebabkan kesesakan di PPV. Sebaliknya mereka boleh divaksin di tempat kerja masing-masing,” katanya.

Ismail Sabri berkata demikian dalam satu hantaran di Instagramnya pada hari ini.

Rakyat sebelum ini mempersoalkan keputusan untuk membenarkan sektor perkilangan beroperasi walaupun disebut sebagai tempat penyebaran COVID-19 selain mencetuskan pelbagai kluster baharu setiap hari.

Bagaimanapun, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, di bawah pentadbiran Perikatan Nasional (PN) sebelum ini, menjelaskan, mengikut data dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), sebahagian besar kes positif adalah bersifat sporadik yang mana ia dijangkiti daripada komuniti.

Dalam perkembangan sama, Perdana Menteri mahu supaya pemberian vaksin secara pandu lalu dipertingkatkan dalam masa terdekat.

“Ini supaya rakyat tidak perlu menunggu lama dan cukup sekadar selama 15 minit dalam kereta dan boleh dapatkan dos kedua,” katanya.

Ikuti TVS di TelegramFacebook, TwitterInstagramTikTok dan YouTube.

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan