Search
Close this search box.

COVID-19 Sarawak : 2,522 kes baharu tidak melibatkan kategori kritikal

ByOdleen Catherny

KUCHING: Sarawak pada hari ini merekodkan 2,522 kes baharu COVID-19 di mana 2,520 atau 99.92 peratus adalah daripada Kategori 1, iaitu tidak bergejala, dan Kategori 2, iaitu bergejala ringan.

Satu kes masing-masing direkodkan di bawah Kategori 3 iaitu radang paru-paru, dan Kategori 4, radang paru-paru dan memerlukan bantuan oksigen.

Bagaimanapun tiada pertambahan kes direkodkan di bawah Kategori 5 iaitu kritikal dan memerlukan bantuan pernafasan.

Menurut kenyataan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, daerah Kuching kekal menyumbang kes harian tertinggi dengan 1,316 kes dilaporkan pada hari ini.

“Antara daerah lain yang menyumbang sebanyak tiga angka kes adalah Serian dengan 250, Bau (179) dan Sibu (157),” tambah dalam kenyataan tersebut.

Satu kluster baharu turut diumumkan yang melibatkan kluster komuniti di daerah Bau, iaitu Kluster Kaman, Bau.

“Kluster komuniti baharu ini melibatkan penduduk di Kampung Kaman, Jalan Krokong, Bau,” jelasnya.

Pada masa sama, JPBN Sarawak memutuskan untuk mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di enam lokasi dalam daerah-daerah Bintulu, Lubok Antu, Betong dan Pakan.

Lokasi-lokasi ini ialah Bilik Sewa atas Kedai Bintulu Auto di Bintulu (dari 27 Ogos – 9 September 2021), Rumah Ngilah, Bara dan Rumah Jabu, Nanga Tebat, Skrang di Lubok Antu (dari 29 Ogos – 11 September 2021), Rumah Andi, Lubok Besai, Entaih di Pakan (dari 29 Ogos – 14 September 2021) dan Kampung Hilir, Beladin di Betong (dari 29 Ogos – 11 September 2021.

Di Betong, Rumah Bawie, Rapong, Debak dikenakan PKPD dari 30 Ogos hingga 12 September 2021.

Ikuti TVS di TelegramFacebook, TwitterInstagramTikTok dan YouTube.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan