Search
Close this search box.
Coronavirus in world. Novel coronavirus 2019-nCoV. Concept of coronavirus with flag of Malaysia

Covid-19: 20,579 kes baharu hari ini, jumlah terkumpul 1,706,089

KUALA LUMPUR, 29 Ogos: Sebanyak 20,579 kes baharu COVID-19 dilaporkan hari ini, menurun berbanding 22,597 kes semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi ciapan di laman Twitternya berkata ia menjadikan jumlah kumulatif kes di negara ini sebanyak 1,706,089.

Beliau berkata Selangor kekal dengan kes tertinggi iaitu sebanyak 4,591 kes diikuti Sabah (2,578), Sarawak (2,522), Johor (1,852), Kedah (1,755) dan Pulau Pinang (1,378).

“Sebanyak 1,316 kes direkodkan di Kelantan, Perak (1,208), Pahang (839), Terengganu (789), Kuala Lumpur (680), Melaka (636), Negeri Sembilan (329), Perlis (56), Putrajaya (48) dan Labuan (2),” katanya.

— BERNAMA

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan