Search
Close this search box.
The deadline for political party and coalition leaders to submit their proposed coalition to form the new government and the name of the prime minister candidate has been extended until 2 pm tomorrow. Photo: BERNAMA

69 menteri, timbalan menteri angkat sumpah jawatan di Istana Negara esok

KUALA LUMPUR: Seramai 31 menteri dan 38 timbalan menteri akan mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara esok.

Turut dijangka berangkat pada Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Rahsia itu ialah Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Selain itu, istiadat yang dijadual bermula pada jam 2.30 petang itu akan turut dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat, dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali.

Kesemua mereka diumumkan sebagai ahli-ahli pentadbiran negara oleh Ismail Sabri pada Jumaat lepas, tujuh hari selepas beliau mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri kesembilan di hadapan Seri Paduka pada 20 Ogos lepas.

Ismail Sabri menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang meletak jawatan pada 16 Ogos selepas hilang majoriti sokongan Ahli Parlimen, dan cadangan kerjasama dwiparti yang dicadangkannya juga tidak mendapat sokongan parti politik.

Sambil menamakannya sebagai ‘Kabinet Berorientasikan Hasil’, Perdana Menteri berkata senarai ahli pentadbiran baharu itu merupakan satu formulasi semula berdasarkan situasi semasa demi mengekalkan kestabilan dan mengutamakan kepentingan serta keselamatan ‘Keluarga Malaysia’. – BERNAMA

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan