Search
Close this search box.

Insentif menanti Bonnie daripada Kerajaan Negeri

ByOdleen Catherny

MUKAH: Kemenangan atlet angkat berat kebangsaan dari Sarawak, Bonnie Bunyau Gustin, yang membawa pulang pingat emas pertama negara selepas beliau memecahkan rekod dalam kategori lelaki 72 kilogram di Sukan Paralimpik Tokyo, telah membanggakan Malaysia.

Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg sempat menzahirkan ucapan tahniah dan syabas kepadanya di atas pencapaian tersebut.

Baginya, Bonnie layak menerima sanjungan dan ganjaran di atas kejayaan itu.

“Sebelum ini, saya pernah menyatakan bahawa Kerajaan Negeri akan memberi insentif kepada atlet-atlet kita. Kita akan memberi insentif kepada Bonnie tetapi bentuk insentif kita belum kenal pasti lagi,” katanya dalam satu sidang media di sini pada hari ini.

Ini kerana beliau difahamkan bahawa Bonnie juga akan mendapat insentif daripada Kerajaan Malaysia.

Pada masa yang sama, Abang Johari mengharapkan beberapa lagi kejayaan lain yang berpotensi bagi skuad Paralimpik negara.

Bonnie, atlet acara ‘powerlifting’, mendapat pingat emas pertama bagi negara di temasya Sukan Paralimpik Tokyo yang sedang berlangsung sekarang.

Lebih mengagumkan, atlet kelahiran Serian itu turut memecah rekod Paralimpik yang dipegang Rasool Mohsin dari Iraq sejak Rio 2016 iaitu 227 kg, dengan angkatan 228 kg dalam percubaan ketiganya pada hari pertama acara sukan tersebut diadakan.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan