Search
Close this search box.
PUTRAJAYA, 13 Julai -- Petugas kesihatan yang terlibat dalam pengendalian kes COVID-19 kelihatan letih berikutan peningkatan kes setiap hari. Hari ini Malaysia pertama kali melaporkan kes harian COVID-19 melebihi 11,000 kes iaitu 11,079 kes dalam tempoh 24 jam lalu. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi perkongsian dalam Twitter memaklumkan Selangor kekal mencatat kes harian tertinggi dengan 5,263 kes diikuti Kuala Lumpur (1,521); Negeri Sembilan (1,033); Kedah (497); Sarawak (472); Johor (406) dan Perak (329). Selain itu, Melaka mencatatkan 323 kes; Pahang (321); Sabah (239); Pulau Pinang (234); Kelantan (211); Terengganu (93); Putrajaya (77) dan Labuan (60), sementara tiada kes baharu COVID-19 di Perlis. --fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA

Delta kini varian dominan di Sarawak

KUCHING: Varian Delta kini dikenal pasti sebagai varian dominan yang menjejaskan masyarakat di Sarawak.

Ini berdasarkan laporan bertarikh 26 Ogos 2021 daripada Pengarah Institut Kesihatan dan Perubatan Komuniti (IHCM) Universiti Malaysia Sarawak, Profesor Dr David Perera, kepada Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak.

IHCM ditugaskan untuk menjejaki beberapa varian SAR COV-2 yang sedang menular di negeri ini oleh jawatankuasa tersebut.

Dr David berkata, setakat 17 Ogos lalu, IHCM telah melakukan penjujukan genom terhadap 220 kes positif, dan sebanyak 179 ‘Variant of Concern’ (VOC) dan ‘Variant of Interest’ (VOI) tambahan dikesan daripada jumlah tersebut.

“Daripada jumlah VOC/VOI ini, 178 adalah varian Delta manakala satu lagi adalah kes yang dikenali sebagai VOI Indonesia dan dikesan di Bintulu.

“Secara keseluruhannya, kadar pengesanan varian Delta sebanyak 82 peratus yang diperhatikan dalam laporan ini menunjukkan peningkatan berbanding 73 peratus yang dilaporkan pada 17 Ogos lepas,” beliau menyebut dalam laporan itu.

Pakar itu menambah, hampir kesemua jujukan kes di Bahagian Kuching adalah varian Delta dengan kadar pengesanan 99 peratus (68 daripada 69 jujukan kes).

“Kadar pengesanan varian Delta yang tinggi turut dikesan di Bahagian Samarahan iaitu 93 peratus (38 daripada 41 kes) dan di Bahagian Serian dengan 95 peratus (16 daripada 17 kes).

“Peningkatan ketara pada kadar pengesanan varian Delta juga didapati di Bintulu dengan 84 peratus (20 daripada 24 kes), Miri pada kadar 65 peratus (9 daripada 14 kes) dan Sibu sebanyak 60 peratus (16 daripada 27 kes),” ujarnya.

Varian yang sama juga dikesan di Mukah dengan kadar pengesanan 78 peratus (tujuh darioada sembilan kes yang dijujuk), Sarikei satu kes, dan Betong dua kes.

Menurut Dr David, sebanyak 771 VOC/VOI sudah dikesan di Sarawak daripada lebih 2,000 kes positif yang dijujuk setakat 17 Ogos tahun ini.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan