Search
Close this search box.

Varian Delta menyumbang 93 peratus kes Covid-19 di Thailand

BANGKOK, 24 Ogos — Sebanyak 93 peratus kes COVID-19  di Thailand berpunca daripada varian Delta, kata Ketua Pengarah Jabatan Sains Perubatan Dr Supakit Sirilak.

Beliau berkata kajian terbaru pada 14 hingga 20 Ogos menunjukkan 2,132 dari 2, 295 sampel atau 92.9 peratus merupakan varian Delta yang dikesan di India.

“Di Bangkok, 96.7 peratus kes jangkitan COVID-19 dilaporkan melibatkan varian Delta,” katanya.

Sementara itu, varian Alpha, pertama kali dikesan di United Kingdom, menyumbang 5.8 peratus daripada sampel kajian. 

“Sementara varian Beta menyumbang 1.3 peratus, ditemukan dalam kebanyakan sampel di wilayah selatan,” tambahnya.

Sehingga kini 17,165 kes baharu COVID-19 dan 226 kematian direkodkan dalam tempoh 24 jam, menjadikan jumlah keseluruhan 1,083,951 kes dan 9,788 kematian.

Thailand melaporkan kes jangkitan di bawah angka 20,000 selama tiga hari berturut-turut.

— BERNAMA

Ikuti TVS di TelegramFacebook, TwitterInstagramTikTok dan YouTube.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan