Search
Close this search box.

Pukul ibu guna kerusi plastik, lelaki ditahan

SIBU, 25 OGOS: Polis menahan seorang lelaki selepas dipercayai  memukul ibu kandung menggunakan kerusi plastik di sebuah rumah panjang di sini.

Dalam kejadian jam 10 pagi Selasa itu, pengadu yang merupakan ibu kandung suspek mengalami bengkak di kepala dan luka di tangan dan bahu kiri akibat dipukul menggunakan kerusi plastik.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sibu, Superintendan Collin Babat berkata, kejadian berlaku di ruang tamu rumah pengadu apabila suspek mula mengamuk dan bertindak agresif serta memarahi ibu dengan kata-kata kesat.

“Dalam kejadian tersebut, mangsa yang berusia 68 tahun cuba menenangkan anak lelakinya yang bertindak agresif dan memarahi pengadu ketika berada di ruang tamu bilik rumah panjang.

“Suspek telah bertindak memukul ibunya dengan kerusi plastik dan menyebabkan pengadu cedera di kepala dan mengalami luka di tangan dan di siku kiri.

“Punca suspek bertindak sedemikian dipercayai tidak berpuas hati dengan ibunya selepas motosikalnya telah ditarik oleh pihak kedai kerana gagal mematuhi perjanjian sewa beli selama lapan bulan. Suspek telah ditangkap dan direman selama empat hari untuk membantu siasatan berhubung  kes ini,” jelas Collin

Collin menambah, suspek telah ditangkap oleh pasukan unit ronda bermotosikal (URB) IPD Sibu sejurus menerima panggilan dari pengadu pada jam 11.40 pagi.

Katanya polis juga telah merampas sebuah kerusi plastik yang dipercayai digunakan oleh suspek ketika kejadian.

”Semakan polis juga mendapati suspek baharu sahaja keluar dari Penjara Sibu setelah menjalani hukaman penjara lima bulan atas kesalahan di bawah Seksyen 324/326A Kanun Keseksaan,”katanya.

Suspek kini sedang direman selama empat hari sehingga 29 Ogos dan kes tersebut akan disiasat dibawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan menggunakan senjata atau objek lain.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan