Search
Close this search box.

Perdana Menteri dan pembangkang capai kata sepakat dahulukan rakyat

ByFirdaus Ismail

KUALA LUMPUR, 25 Ogos : Perdana Menteri , Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjelaskan kerajaan dan pembangkang hari ini mencapai kata sepakat untuk menumpukan agenda kepentingan rakyat.

Menurut Perdana Menteri, persefahaman yang dicapai itu selaras dengan hasrat Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang bertitah supaya persengketaan melibatkan ahli politik dihentikan demi manfaat rakyat dan negara yang teruk terkesan akibat pandemik COVID-19.

“ Bagi merealisasikan hasrat Seri Paduka, saya telah mengadakan perbincangan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamad Sabu dari Amanah dan Lim Guan Eng yang mewakili DAP. Kami akan berusaha untuk mencari titik persamaan terbaik bagi menangani krisis pandemik COVID-19, menjaga nyawa dan keselamatan diri daripada ancaman wabak berkenaan,”katanya.

Beliau berkata demikian menerusi kenyataan media sejurus pertemuan berkenaan di pejabatnya di Putrajaya kira -kira pukul 2 petang tadi.

Pada masa sama, jelas Perdana Menteri, perbincangan juga bersetuju untuk  memperkasa fungsi Parlimen sebagai institusi yang bertanggungjawab dan konstruktif, menyemak dan mengimbang tadbir urus eksekutif supaya lebih telus dan memenuhi kehendak rakyat.

“ Saya bersama pemimpin-pemimpin pembangkang juga bersetuju dan memahami peri pentingnya kebebasan badan kehakiman, reformasi institusi dan tatakelola kerajaan yang baik bagi memastikan keadaan yang lebih kondusif  untuk rakyat dan negara dalam konteks Keluarga Malaysia,” katanya.

Sementara itu, menerusi kenyataan bersama yang ditandatangani oleh Perdana Menteri dengan Anwar, Mohamad dan Guan Eng, mereka senada dengan perkara – perkara yang dibincangkan. -TVS

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan