Search
Close this search box.

Perdana Menteri bertemu pemimpin utama pembangkang

ByFirdaus Ismail

KUALA LUMPUR, 25 Ogos : Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengadakan pertemuan dengan pemimpin utama pembangkang hari ini.

Mengesahkan perkara itu, Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Fahmi Fadzil berkata, perjumpaan berkenaan melibatkan Presidennya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden Amanah; Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

“Mesyuarat berkenaan berlangsung di pejabat Perdana Menteri di Putrajaya kira -kira pukul 2 petang tadi dan ketiga -tiga pemimpin Pakatan Harapan (PH) memenuhi jemputan yang dihantar sebelum ini,”katanya.

Dalam ucapan sulung Ismail Sabri pada 22 Ogos lalu selepas mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri kesembilan,  beliau menawarkan pembangkang untuk menganggotai Majlis Pemulihan Negara (MPN)  dan Jawatankuasa Khas Menangani COVID-19.

Menurut Ismail Sabri, tawaran berkenaan demi kestabilan politik selain menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong ,Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah  bahawa  semua ketua parti politik supaya melupakan segala perbezaan demi mencapai kesejahteraan dan kebajikan rakyat.

Bagaimanapun ketika lawatan rasmi di Kedah baru-baru ini, Perdana Menteri menjelaskan, parti pembangkang tidak akan dipertimbangkan untuk jawatan dalam kabinet yang bakal diumumkan kelak.

Sementara itu, PH dalam satu kenyataan bersama antara Anwar, Mohamad dan Guan Eng hari ini, memaklumkan gabungan blok pembangkang itu akan mempertimbang jemputan Perdana Menteri baharu untuk menyertai  MPN dan Jawatankuasa sa Khas Menangani COVID-19.

Kata tiga pemimpin tertinggi komponen PH itu, pertimbangan terbabit demi memastikan keputusan dibuat secara ikhlas untuk menangani pandemik COVID-19 dan kemelesetan ekonomi. -TVS

Ikuti TVS di TelegramFacebook, TwitterInstagramTikTok dan YouTube.

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan