Search
Close this search box.

Kanak-kanak disyaki lemas, pencarian diteruskan

ByKhairil Zharif Affindie

LAWAS, 25 OGOS: Hampir 24 jam dilaporkan hilang ketika mandi bersama ibu dan adik beradiknya di sungai di belakang rumah mereka di Kampung Siang-Siang Laut, seorang kanak-kanak lelaki dikhuatiri lemas.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lawas, Zaki Husin, dalam kejadian 5 petang itu, mangsa yang dikenali sebagai Mohd Adrian Muzaffar Mohd Mazlan, 6, sedang mandi bersama keluarganya sebelum tenggelam ke dalam sungai.

“Enam anggota bomba dikerahkan ke lokasi bagi menjalankan usaha pencarian awal sebaik menerima laporan  pada jam 5.20 petang.

“Tiba di lokasi pada 5.50 petang, pasukan bomba dan polis yang dibantu oleh penduduk kampung memulakan usaha pencarian menggunakan bot hingga ke 200 meter dari lokasi terakhir mangsa dipercayai lemas, namun tidak berjaya menemukan mangsa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, operasi mencari dan menyelamat ditangguhkan atas faktor keselamatan dan keadaan persekitaran yang gelap semalam.

Operasi telah disambung semula 7.30 pagi tadi.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan