Search
Close this search box.
Local disaster mitigation agency personnel in personal protective equipment (PPE) carry the coffin of a person who passed away due to coronavirus disease (COVID-19) during a funeral in Tegal, Central Java province, Indonesia, June 30, 2021, in this photo taken by Antara Foto. Antara Foto/Oky Lukmansyah via REUTERS

Covid-19: Kes positif di Indonesia lepasi angka 4 juta

JAKARTA, 24 Ogos — Kes positif COVID-19 di Indonesia melepasi angka 4 juta, selepas mencatatkan 19,016 kes baharu hari ini. Menurut data yang disiarkan Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia (BNPB), kes positif keseluruhan kini berjumlah 4,008,166, manakala jumlah keseluruhan kematian kini meningkat kepada 128,252 kes.          

Sebanyak 1,038 lagi kematian berlaku dalam tempoh 24 jam, manakala sebanyak 273,750 pesakit aktif sedang dirawat di hospital dan pusat kuarantin sementara.          

Pemerintah Indonesia melanjutkan lagi pelaksanaan Pemberlakuan Pembatasan Kegiatan Masyarakat (PPKM) bermula hari ini sehingga  30 Ogos ini, yang membataskan pergerakan, aktiviti dan peraturan ketat berkaitan protokol kesihatan.

Sementara itu, Menteri Kesihatan Indonesia, Budi Gunadi Sadikin dalam siaran media menerusi Youtube PerekonomianRI, berkata Indonesia akan melaksanakan peraturan dan panduan  ‘hidup bersama’ pandemik COVID-19.

Beberapa aspek, peraturan, protokol kesihatan yang lebih teratur dan lengkap akan digariskan bagi membolehkan semua aktiviti sosio  ekonomi, pendidikan, kegiatan keagamaan dan sebagainya  dapat beroperasi dalam tempoh terdekat ini.

— BERNAMA

Ikuti TVS di TelegramFacebook, TwitterInstagramTikTok dan YouTube.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan