Search
Close this search box.
Jumlah Terkini Kes COVID-19

Covid-19 : 99.88 peratus kes harian Sarawak pada kategori 1 dan 2

KUCHING, 25 Ogos — Sebanyak 1,665 kes atau 99.88 peratus daripada keseluruhan 1,667 kes baharu COVID-19 di Sarawak hari ini adalah daripada kategori 1 dan 2.

Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, satu daripada kes baharu itu berada di kategori 4 (jangkitan paru-paru dan memerlukan oksigen) dan satu kes lagi di kategori 5 (jangkitan paru-paru dan memerlukan ventilator).

Kategori 1 melibatkan kes jangkitan yang tiada gejala manakala kategori 2 hanya melibatkan gejala ringan.

Pertambahan kes baharu ini juga menjadikan jumlah kumulatif kes positif di Sarawak kini mencecah 103,048 kes.

JPBN dalam satu kenyataan turut memaklumkan terdapat lima kematian baharu direkodkan hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat pandemik itu kini meningkat kepada 508 orang.

Selain itu, PBN Sarawak juga mengisytiharkan satu kluster komuniti baharu iaitu Kluster Opar yang melibatkan penduduk di Kampung Opar di Bau.

“Setakat ini, seramai 66 individu didapati positif termasuk kes indeks hasil saringan 131 individu,” menurutnya.

— BERNAMA

Ikuti TVS di TelegramFacebook, TwitterInstagramTikTok dan YouTube.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan