Search
Close this search box.

Bekas TYT Sabah dimasukkan ke hospital

KOTA KINABALU: Bekas Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Sakaran Dandai dimasukkan ke hospital ekoran dijangkiti virus COVID-19.

Sakaran yang juga bekas Ketua Menteri Sabah dimasukkan ke hospital pada 18 Ogos 2021 yang lalu.

Anak ketiga, Datuk Seri Nasir Sakaran menerusi rakaman video memaklumkan ayahnya mula dimasukan ke sebuah hospital swasta selepas beliau disyaki dijangkiti COVID-19.

Datuk Seri Nasir Sakaran

“Keadaan beliau adalah stabil pada ketika dimasukkan dan baru kelmarin beliau dimasukkan ke ICU atas sebab-sebab yang mana pihak pengurusan atau doktor di Hospital Gleneagles mengatakan bahawa perlu ayahanda Tun berada di ICU supaya dapat dikawal dengan baik dan rapi.

“Setakat ini, kami anak-anak berhubung dengan ayahanda Tun seperti biasa melalui panggilan video yang mana kami bertanyakan kesihatan beliau.

“Alhamdulillah….respon daripada ayahanda Tun, beliau adalah berada dalam keadaan yang baik dan makan pun seperti biasa terjaga dan baru sebentar tadi saya dapat video call dengan ayahanda Tun,” katanya menerusi satu kiriman rakaman video pada Rabu.

Nasir juga menyatakan ayahnya meminta semua pihak agar mendoakan kesejahteraan dan kesihatan Tun Sakaran agar bertambah baik.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan