Search
Close this search box.
MARAN, 16 Jun -- Petugas barisan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyuntik vaksin COVID-19 kepada Orang Asli suku Semelai pada Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan di Kampung Paya Besar hari ini. Petugas barisan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dilihat cekal kerana sanggup turun hingga ke kawasan pedalaman bagi memastikan semua rakyat menerima vaksin sebagai langkah bagi mencegah penularan wabak COVID-19. --fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA

41.6% populasi Malaysia lengkap dua dos vaksin

SEBANYAK 41.6 peratus populasi keseluruhan di Malaysia atau 13,580,934 individu telah lengkap menerima dua dos suntikan vaksin COVID-19 setakat Selasa, 24 Ogos.

Menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV), setakat Selasa juga, seramai 18,631,593 individu atau 57.1 peratus sudah menerima dos pertama, menjadikan kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) kini sebanyak 32,212,527 dos.

Peratusan populasi dewasa yang menerima kedua-dua dos meningkat kepada 58.0 peratus setakat Selasa berbanding 56.9 peratus, pada Isnin.

Dalam pada itu, vaksinasi harian pula mencatatkan peningkatan kepada 420,164 dos berbanding 396,576 dos pada Isnin, dengan 265,160 daripadanya merupakan dos kedua dan baki 155,004 adalah dos pertama.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan