Search
Close this search box.

Kumulatif kes COVID-19 di Sarawak lepasi angka 100,000

KUCHING: Kumulatif kes COVID-19 di Sarawak melepasi angka 100,000 apabila sebanyak 1,542 kes jangkitan baharu dilaporkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 101,381 kes, menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak.

JPBN Sarawak dalam kenyataan memaklumkan antara kawasan yang mencatatkan kes tinggi adalah Kuching dengan 812 kes, diikuti Subis (142) dan Bau (74).

“99.87 peratus daripada kes baharu hari ini adalah kategori satu (tiada gejala) dan kategori dua (gejala ringan) manakala terdapat dua kes daripada kategori lima (jangkitan paru-paru dan memerlukan ventilator),” menurut JPBN Sarawak.

Sementara itu, JPBN Sarawak memaklumkan terdapat dua kematian baharu direkodkan hari ini, masing-masing di Kuching dan Bintulu menjadikan angka keseluruhan kematian akibat pandemik itu kini meningkat kepada 503 orang.

JPBN Sarawak juga mengisytiharkan dua kluster komuniti baharu hari ini masing-masing di Selangau dan Serian menjadikan jumlah kluster aktif di negeri ini sebanyak 118.

“Kluster Nanga Pelugau melibatkan sebuah rumah panjang yang terletak di Nanga Pelugau, Selangau dengan seramai 24 orang didapati positif termasuk kes indeks yang melibatkan 20 warganegara dan empat bukan warganegara hasil daripada saringan yang dilakukan ke atas 59 orang.

“Kluster Plaman Bantang pula melibatkan beberapa penduduk di sebuah perkampungan di Kampung Plaman Bantang, Jalan Mentung-Sangai, Serian dengan sejumlah 53 orang didapati positif termasuk kes indeks,” ujarnya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan