Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Toyota rai kejayaan 50 juta Corolla terjual di seluruh dunia

KUALA LUMPUR, 17 Ogos — Pengeluar kereta Jepun, Toyota telah menjual 50 juta unit model Corolla di seluruh dunia dengan 300,000 terjual di pasaran Malaysia sehingga kini.

Presiden UMW Toyota Motor Ravindran K berkata kejayaan model berkenaan adalah disebabkan ia menjadi standard baharu kecemerlangan automotif dalam kelas kereta itu, menawarkan kepada pelanggan sedan yang dinamik dan canggih dengan citarasa mewah.

“Setiap generasi, dari awal lagi telah menyumbang kepada transformasi jenama. Daripada generasi pertama yang bermula dengan permotoran secara meluas sehingga kepada generasi terkini yang menjadi asas kepada transformasi, Corolla sentiasa seiring dengan perubahan yang berlaku dalam masyarakat dan ekonomi Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan. 

Dalam masa 55 tahun Corolla berada dalam pasaran, popularitinya yang berterusan membuktikan bahawa falsafah asas di sebalik model tersebut adalah nyata.

Bagaimanapun, reka bentuk asal telah berevolusi selama beberapa generasi bagi memenuhi citarasa dan gaya hidup pelanggan Malaysia yang sentiasa berubah, kata syarikat itu.

— BERNAMA

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan