Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Amuk: dua maut, seorang cedera parah

BySalasiah Safian

KUCHING: Dua orang maut dan seorang lagi cedera parah akibat ditetak dalam satu kejadian amukan di sebuah kapal yang berlabuh di Muara Tabuan.

Menurut Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak Mancha Ata, pihak polis telah digerakkan ke lokasi kejadian sebaik sahaja menerima laporan mengenai kejadian.

Setiba di lokasi, pihaknya mendapati 2 orang lelaki warga tempatan berusia lingkungan awal 20-an berada dalam keadaan tidak sedarkan diri, terbaring di lantai dek kapal.

Pemeriksaan awal ke atas tubuh mangsa mendapati kesan-kesan kecederaan akibat ditetak objek tajam.

“Yang terbunuh adalah dua lelaki tempatan…dan suspek adalah warganegara Indonesia, merupakan pekerja di kawasan tersebut. Dan yang cedera parah tu, kita telah hantar ke hospital dan dalam keadaan stabil,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak, pada Isnin.

Walaubagaimanapun, suspek yang berusia 47 tahun telah menyerah diri kepada pihak polis dan suspek kini ditahan reman untuk siasatan.

Antara barang yang dirampas adalah dua bilah parang yang dipercayai digunakan oleh suspek.

Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bunuh, dimana jika disabit kesalahan boleh membawa hukuman mati.

Kes turut disiasat sebagai cubaan bunuh di bawah Seksyen 307 kanun yang sama dan sabit kesalahan boleh membawa kepada hukuman penjara untuk tempoh hingga 20 tahun.

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan