Search
Close this search box.
KUALA LUMPUR, 15 Jun -- Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika mengumumkan Pelan Pemulihan Negara: Peralihan Fasa PKP secara berperingkat yang disiarkan secara langsung di stesen-stesen televisyen petang ini. Aktiviti ekonomi akan dibuka secara berperingkat di bawah fasa kedua pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) dengan membenarkan kapasiti pekerja sehingga 80 peratus di premis sekiranya purata kes harian COVID-19 turun di bawah 4,000. --fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA KUALA LUMPUR, June 15 -- Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin during delivers his speech on the National Recovery Plan: Transition Phase of MCO in Stages, today. Economic activities will be opened in stages under the second phase of the MCO implementation, allowing staff capacity of up to 80 per cent on premises, should the average daily COVID-19 cases drop below 4,000 cases. --fotoBERNAMA (2021) COPYRIGHTS RESERVED

Langkah kerajaan bendung COVID-19 mula tunjuk hasil – PM

ByFirdaus Ismail

KUALA LUMPUR, 15 Ogos : Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, usaha – usaha yang dilaksanakan kerajaan untuk membawa negara keluar dari cengkaman pandemik COVID-19 kini semakin menampakkan sinar kejayaan berdasarkan data – data terkini.

Ujar Muhyiddin, usaha gigih terutamanya yang dirintis oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Pasukan Petugas Khas Imunisasi COVID-19 (CITF) serta petugas barisan hadapan membolehkan kadar pemberian vaksin lengkap di Lembah Klang kini mencapai 64. 7 peratus sekaligus menyumbang kepada penurunan kemasukan pesakit ke wad.

Katanya, berdasarkan kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Noor Hisham Abdullah dua hari lepas, kadar kemasukan pesakit COVID-19 ke hospital bagi semua kumpulan umur juga mula menunjukkan trend menurun.

“Kita juga sudah mula melihat perkembangan awal yang positif daripada Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) di beberapa buah negeri iaitu di Wilayah Persekutuan (WP) Labuan, Sarawak, Negeri Sembilan dan negeri-negeri di Lembah Klang  seperti Selangor, WP Kuala Lumpur dan Putrajaya,” katanya.

Perdana Menteri berkongsi maklumat berkenaan menerusi catatan di Facebooknya petang ini.

Menurut Muhyiddin, semalam apabila buat pertama kalinya, tidak ada kes jangkitan baharu COVID-19 yang dilaporkan di WP Labuan dan ketika ini, kadar vaksinasi lengkap di pulau berkenaan telah mencapai 88.1 peratus.

Berhubung situasi di Lembah Klang, ujar Perdana Menteri, sinar kejayaan mula menjelma apabila purata pesakit menunggu di Jabatan Kecemasan hospital -hospital utama menurun.

“Pada 31 Julai lepas, purata sehari bagi pesakit menunggu ialah 909 orang namun hasil perancangan rapi kerajaan dan perlaksanaan strategi oleh KKM serta kesan vaksinasi, ia telah menurun kepada 239 orang pada 13 Ogos,” katanya,

Sambil mengharapkan trend penurunan akan berterusan, Perdana Menteri turut mengambil peluang mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang memberi sokongan padu kepada kerajaan untuk melawan pandemik COVID-19.

“Rakyat Malaysia, anda semua adalah insan yang hebat. Anda semua begitu tabah dan sabar mengharungi pandemik ini walaupun pada hakikatnya amat sukar untuk dilakukan.

“Segala usaha Kerajaan Perikatan Nasional semakin hampir dengan kejayaan dan insya-Allah kita pasti akan berjaya keluar dari cengkaman pandemik ini dengan teratur dan selamat melalui Pelan Pemulihan Negara(PPN),”katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan