Search
Close this search box.
KUCHING, 15 Ogos -- Balu Allahyarham Kpl U Sharif Mohd Siddiq Al-Attas Wan Sabli, Shima Mustapha, 29, (dua, kiri) menahan sebak ketika menghadiri pengebumian jenazah suaminya di Tanah Perkuburan Kampung Melayu Seniawan Seberang dekat sini, hari ini. Allahyarham Sharif antara empat anggota TUDM yang terkorban dalam insiden tembak pada 7.15 pagi kelmarin di Unit TUDM di Kota Samarahan, Kuching. -- fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA

Balu Allahyarhamah Kpl Udara Siddiq tabah hadapi pemergian suami

BAU (Kuching), 15 Ogos — Tabah dan cekal, jelas terpancar pada raut wajah Shima Mustapha, 29, balu kepada Allahyarham Koperal Udara Sharif Mohd Siddiq Al-Attas Wan Sabli yang selamat di kebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Melayu Siniawan Seberang, di sini pada jam 10 pagi tadi.

Menurut Shima, Allahyarham suaminya seorang yang penyayang malah sebelum turun bertugas pada hari kejadian, arwah sempat berpesan untuk makan tengah hari bersama pada keesokkan hari namun hasrat tersebut tidak kesampaian apabila terkorban dalam insiden tembakan di Skuadron 330 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) pada pagi Jumaat lepas.

“Pada pagi hari kejadian, mulanya saya tidak percaya sehinggalah dimaklumkan oleh ibu mentua bahawa suami saya telah terkorban.

“Saya redha apabila mendengar nama arwah disebut, bagi saya dia adalah hero dan cukup kuat, arwah cuba bertahan demi isteri dan anak ketika dirawat di Pusat Jantung Hospital Umum Sarawak.

“Mengenangkan semangat arwah yang kuat, membuatkan saya tidak mahu berjauhan dengannya sehingga selesai pengebumian, itu sahaja kenangan terakhir kami bersama,” katanya kepada pemberita selepas selesai pengebumian dengan istiadat ketenteraan.

 Allahyarham turut meninggalkan tiga orang anak, iaitu Sharifah Syafa Shakira Al Attas, 5, Sharifah Syafa Syahirah Al Attas,3  dan Sharif Erdogan Al-Attas yang berusia dua bulan.

Anak anak kedua daripada tujuh beradik itu telah berkhidmat dalam TUDM  kira-kira 12 tahun dan baru dua tahun berkhidmat di sini. 

Upacara pengebumian yang berlangsung dalam suasana hujan renyai, dihadiri kira-kira 50 orang  termasuk ahli keluarga dan rakan-rakan TUDM.

— BERNAMA

Tags: #bm, TUDM

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan