Search
Close this search box.

Lelaki Dikhuatiri Lemas, Kenderaan Disyaki Terjatuh Dari Jambatan

ByNur Suhaida Muliyono

DARO, 13 OGOS: Seorang lelaki dikhuatiri lemas apabila pacuan empat roda yang dipandunya disyaki terjatuh dari atas jambatan dalam kejadian di Jambatan Batang Lassa, Daro awal pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata saksi kejadian memaklumkan bahawa kenderaan tersebut dikesan melalui jalan itu menerusi lampu hadapannya.

Tidak lama kemudian saksi menyedari bahawa lampu kenderaan tersebut tiba-tiba hilang dari pandangan dan pagar yang menjadi penghalang untuk tujuan keselamatan pada hujung jambatan didapati patah.

Mangsa yang berusia 25 tahun itu berasal dari Sibu, Sarawak.

Difahamkan jambatan tersebut masih dalam pembinaan sepanjang 800 meter dari darat.

Setakat 7:30 pagi ini, usaha mencari dan menyelamatkan mangsa masih lagi dijalankan.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan