Search
Close this search box.
MARAN, 16 Jun -- Petugas barisan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyuntik vaksin COVID-19 kepada Orang Asli suku Semelai pada Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan di Kampung Paya Besar hari ini. Petugas barisan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dilihat cekal kerana sanggup turun hingga ke kawasan pedalaman bagi memastikan semua rakyat menerima vaksin sebagai langkah bagi mencegah penularan wabak COVID-19. --fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA

Sarawak catat 1,216 kes baharu, tertinggi sejak pandemik melanda

KUCHING:1,216 kes baharu positif COVID-19 direkodkan di Sarawak.

Ia merupakan angka tertinggi sejak pandemik melanda setahun lalu.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak memaklumkan pertambahan kes baharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 di Sarawak kini 84,603.

Antara kawasan yang mencatatkan kes yang tinggi adalah Kuching dengan 618 kes; Serian (223), Bau (116) dan Samarahan (77).

Daripada 1,216 kes baharu yang dilaporkan, 1,019 daripadanya merupakan kes kategori 1 iaitu tiada gejala dan 194 kes kategori 2 (gejala ringan).

Manakala dua kes merupakan kategori 3 (jangkitan paru-paru) dan satu kes kategori 5 (jangkitan paru-paru dan memerlukan ventilator).

JPBN Sarawak turut memaklumkan hari ini juga terdapat 735 kes yang telah pulih, 8,147 kes masih aktif, dan dua kematian baharu direkodkan, menjadikan angka keseluruhan kematian akibat pandemik kini berjumlah 477 orang.

Dalam pada itu, tiga lagi kluster baharu COVID-19 diisytihar di Sarawak melibatkan satu kluster komuniti di Betong dan dua kluster tempat kerja di Samarahan dan Mukah.

Tiga kluster tersebut ialah Kluster Bandar Riyal, Samarahan, Kluster Kampung Bungey 2, Betong dan Kluster Lubuk Bukut, Mukah.

Sementara itu Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak Datuk Dr Mohamed Sapian Mohamed dalam kenyataan berasingan berkata, jumlah kes harian baharu COVID-19 tinggi itu berpunca daripada beberapa faktor termasuk aktiviti berkumpul secara sosial serta bersama keluarga.

Selain itu menurutnya, aktiviti sukan berkumpulan, mesyuarat secara fizikal serta jangkitan di tempat kerja juga menjadi antara punca peningkatan.

“Selain itu, terdapat juga majikan yang masih enggan membenarkan pekerja mereka menjalani saringan atau bekerja dari rumah apabila mereka mempunyai gejala, sehingga tercetusnya kluster di tempat kerja,” katanya.

Beliau seterusnya meminta orang ramai di Sarawak agar kekal berada di rumah sekiranya tiada urusan penting, jangan mengunjungi keluarga, jiran atau rakan tanpa tujuan, dan jangan membawa anak atau golongan yang belum diberi vaksin COVID-19 ke tempat awam yang terdapat ramai orang dan sesak.

“Jika terpaksa keluar, sentiasa pastikan pelitup muka dipakai dan penjarakan fizikal diamalkan. Bagi yang bekerja, sekiranya tidak sihat, jangan pergi bekerja,” katanya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan