Search
Close this search box.

Pesakit Covid-19 warga Indonesia larikan diri dari PKRC ditangkap

ByFebbright James

SRI AMAN, 12 OGOS: Dua lelaki warganegara Indonesia positif Covid-19 yang melarikan diri dari Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) di Sri Aman telah berjaya ditangkap oleh pihak polis.

Difahamkan, dua suspek berkenaan yang berusia 18 dan 19 tahun merupakan warganegara Indonesia yang positif COVID-19  itu dilaporkan melarikan diri dari PKRC Stadium KPSU, Jalan Sabu, Sri Aman  berjaya dikesan kira-kira pukul 11.10 pagi  hari ini.  

Hasil maklumat dari orang ramai, sepasukan polis bergegas ke lokasi untuk mengesan kedua-dua lelaki berkenaan  dan menjumpai suspek bersama-sama dengan seorang lelaki warga tempatan  berumur 15 tahun di Kampung Stumbin , KM 18 , Jalan Sri Aman-Lingga .

Kedua-dua saspek warganegara Indonesia tersebut telah diserahkan semula kepada pihak Kementrian Kesihatan Malaysia (KKM) KKM untuk tindakan lanjut.

Kes masih dalam siasatan.

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan