Search
Close this search box.
Kibar Jalur Gemilang Zahir Rasa Cinta Kepada Negara
Kibar Jalur Gemilang Zahir Rasa Cinta Kepada Negara

Kibar Jalur Gemilang Zahir Rasa Cinta Kepada Negara

KUCHING, Khamis, 12 Ogos – Mengibar bendera Jalur Gemilang merupakan satu cara untuk menzahirkan rasa cinta kepada negara serta penterjemahan solidariti kita kepada negara yang sedang dilanda pandemik COVID-19.

Selain itu juga, mengibar Jalur Gemilang juga merupakan satu tanda sokongan kita terhadap segala usaha kerajaan dalam membangkitkan semangat patrotisme bagi seluruh rakyat Malaysia agar sentiasa bersatu padu dalam menghadapi segala cabaran yang dihadapi negara pada ketika ini.

Baca lagi artikel menarik mengenai >>>  Dua lagi negara terima vaksin China melalui COVAX

Sumber: Jabatan Penerangan Malaysia

Pada 7 Ogos 2021 yang lepas, Sambutan Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang telah dilancarkan secara rasmi oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhiyiddin Yassin bagi menandakan permulaan untuk rakyat Malaysia meraikan dan menyemarakkan semangat kecintaan kepada tanah air melalui pengibaran Jalur Gemilang di seluruh negara.

Susulan pelancaran itu, Jabatan Penerangan Malaysia Sarawak (JaPen Sarawak) telah memulakan langkah mengatur dan menyusun pelbagai aktiviti serta program bagi membangkitkan semangat patrotisme di dalam setiap diri rakyat Malaysia.

Sumber: Jabatan Penerangan Malaysia

Menurut Pengarah Penerangan Malaysia Sarawak, Swady Guliling, JaPen Sarawak telah merancang untuk melaksanakan 495 Program ‘Info On Wheels’ Merdeka (IOW@Merdeka) sepanjang bulan Kebangsaan ini yang dijangka berlangsung sehingga 16 September  pada Hari Malaysia 2021 nanti.

Ikuti TVS di Facebook, TwitterInstagram dan YouTube.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan