Search
Close this search box.

Kebakaran ; Dewan Masyarakat Kampung Semop dijadikan masjid sementara

ByFirdaus Ismail

Daro, 11 Ogos: Dewan Masyarakat Kampung Semop akan dijadikan sebagai masjid sementara di kampung berkenaan selepas Masjid Al – Amin di situ musnah dalam kebakaran semalam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semop, Abdullah Saidol berkata, keputusan berkenaan dicapai menerusi mesyuarat hari ini bersama Pegawai Daerah Matu dan Daro; Bujang Aman, ahli jawatankuasa masjid berkenaan, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK),Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri.

Baca lagi artikel menarik mengenai >>>  Peranak Indonesia Positif Covid-19 Lari Ari PKRC Udah Ditangkap

Bagaimanapun Abdullah berkata, dewan berkenaan memerlukan sedikit pengubahsuaian sebelum digunakan dengan kos dianggarkan sebanyak RM20,000.

“Sehubungan itu, hasil sumbangan pelbagai pihak termasuk pusat khidmat saya serta bantuan Ahli Parlimen Tanjung Manis, Adun Kuala Rajang dan Syarikat Sacofa, kita yakin dapat melaksanakan kerja – kerja baik pulih dalam masa terdekat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat tapak masjid berkenaan di sini hari ini.

Sementara itu, beliau memberitahu, Kerajaan Negeri pada tahun lalu telah meluluskan peruntukan untuk membina masjid baharu di kampung berkenaan dengan anggaran kos sebanyak RM3 juta.

“ Bagaimanapun, perlaksanaannya terganggu berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Saya yakin tendernya akan dikeluarkan dalam tempoh terdekat,” katanya.

Ujarnya, beliau percaya apabila masjid baharu berkenaan siap kelak, ia akan memberi manfaat kepada penduduk setempat untuk beribadat yang lebih selesa. -TVS

Ikuti TVS di Telegram, Facebook, TwitterInstagram, TikTok dan YouTube.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan