Search
Close this search box.

Ibubapa risau sekolah dibuka bulan hadapan

KANOWIT, 12 OGOS: Pembukaan sekolah yang dijadualkan pada 1 September depan menimbulkan kerisauan banyak ibu bapa berikutan kes harian COVID-19 masih lagi tinggi.

Ini kerana pelajar dikhuatiri berisiko menjadi pembawa virus lebih-lebih lagi kemunculan varian baharu seperti varian delta.

Menteri Muda Pendidikan, Sains, dan Penyelidikan Teknologi Dr Annuar Rapaee berpandangan bukan sahaja kerisauan ibu bapa yang menjadi keutamaan malah pelajar di bawah 18 tahun juga masih belum layak untuk divaksinasi.

Walaupun vaksinasi tidak menjamin keselamatan nyawa, namun beliau yang juga Menteri Muda Kesihatan Awam percaya kerajaan akan memutuskan perkara berkenaan memandangkan terdapat beberapa negara sudah pun memberi vaksin kepada remaja mereka.

Langkah tersebut dilihat penting bagi mengurangkan risiko penularan dan komplikasi sekiranya dijangkiti COVID-19.

“Memang ibu bapa agak risau pelajar-pelajar turun disebabkan mereka tidak ada perlindungan terhadap virus ini dan takut bahawa mereka mambawa virus ini ke rumah sebab kita mengetahui bahawa vaksin ini bukanlah 100% untuk tidak seseorang itu memberi jangkitan kepada orang lain.

“Ini bukan untuk menghentikan jangkitan dan tidak aka dapat mengahalang seseorang daripada dijangkit tetapi buktinya jelas bahawa vaksin ini mengurangkan risiko, mengurangkan komplikasi jika seseorang itu dijangkiti kuman.

“Jadi masih ada risiko seseorang itu boleh menjangkiti dan dijangkiti jadi ini yang dirisaukan oleh ibu bapa, kita faham tapi saya rasa kerajaan akan membuat keputusan secepat mungkin,”katanya.

Terdahulu, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Sri Dr Sim Kui Hian menegaskan sudah tiba masanya untuk menyegerakan proses pemberian vaksin kepada mereka yang berusia 18 tahun ke bawah.

Ini kerana, katanya, rekod pada 10 Ogos menunjukkan 31 peratus melibatkan golongan terbabit antara yang disahkan positif COVID-19.

Selain itu, Presiden Kesatuan Guru Sarawak (STU), Adam Prakash turut menggesa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk mempertimbangkan semula pembukaan sekolah bagi sesi pembelajaran secara bersemuka.

Sekiranya sekolah dibuka dalam keadaan seperti ini, dikhuatiri akan mencetuskan kluster pendidikan yang serius.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan