Search
Close this search box.

Covid-19 : Kes Baharu cecah 21,000 – KP Kesihatan

KUALA LUMPUR, 12 Ogos — Malaysia hari ini merekodkan 21,668 kes baharu COVID-19 iaitu angka harian tertinggi sejak pandemik tersebut melanda negara tahun lepas, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

kredit twitter Noor Hisham Abdullah

Menerusi perkongsian data terkini jangkitan COVID-19 di laman Twitternya, Dr Noor Hisham berkata perkembangan baharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes di negara ini meningkat kepada 1,342,215. 

Beliau berkata Selangor terus menjadi negeri yang memiliki kes tertinggi iaitu 6,278 diikuti Kuala Lumpur (2,436), Kedah (2,143), Sabah (2,052) dan Johor (1,706).

Katanya sebanyak 1,229 kes direkodkan di Pulau Pinang, Sarawak (1,216), Kelantan (972), Perak (930), Negeri Sembilan (899), Pahang (629), Terengganu (594), Melaka (494), Putrajaya (56), Perlis (23) dan Labuan (11). 

Semalam, Malaysia merekodkan sebanyak 20,780 kes baharu wabak itu.

— BERNAMA

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan