Search
Close this search box.

Bukit Aman siasat dakwaan jual sijil digital vaksin palsu

KUALA LUMPUR, 11 Ogos — Polis membuka siasatan berhubung dakwaan penjualan sijil digital vaksin palsu yang dikesan menerusi perkongsian seorang pemilik akaun Facebook, kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Abd Jalil Hassan.

Beliau berkata, satu laporan polis berhubung perkara itu diterima apabila satu artikel dimuat naik oleh seorang pemilik akaun Facebook, yang menyatakan bahawa sudah mula dijual dalam talian.

“Sehubungan itu satu siasatan telah dijalankan di bawah Seksyen 22(d) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (memberikan maklumat palsu) dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia, kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan dan lain-lain,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya tidak terbabit dengan kegiatan memalsukan dan menjual sijil digital vaksin.

Abd Jalil berkata, orang ramai turut dinasihat untuk melaporkan kepada polis sekiranya mempunyai maklumat mengenai kegiatan itu.

— BERNAMA

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan