Search
Close this search box.

Berita palsu tular 11 Ogos – KKMM

ByYazid Ibrahim

KUALA LUMPUR, 12 Ogos — Berikut adalah penafian berita tular dalam media sosial oleh agensi yang bertanggungjawab melalui kenyataan media Pasukan Respons Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) setakat 10 semalam.

Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKB-BRI), Kelantan menafikan dakwaan nota suara yang kononnya Pasar Siti Khadijah ditutup berikutan jangkitan COVID-19 serta kematian dalam kalangan peniaga seperti yang tular di media sosial.

MPKB-BRI berkata tiada sebarang arahan bagi penutupan operasi perniagaan di Pasar Siti Khadijah diterima daripada pihak Kementerian Kesihatan.

Orang ramai dinasihatkan agar tidak mempercayai berita palsu sedemikian yang boleh menimbulkan kebimbangan dan keresahan sebaliknya sentiasa merujuk media sosial rasmi kementerian/ jabatan/ agensi yang berkenaan untuk mendapatkan maklumat yang sahih dan terkini.

— BERNAMA

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan