Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Tiga lelaki ditahan bantu siasatan kes tetak Pengarah Eksekutif PHEB

ByYazid Ibrahim

GEORGE TOWN, 28 Julai — Polis menahan tiga lelaki bagi membantu siasatan kejadian menetak Pengarah Eksekutif Lembaga Wakaf Hindu Pulau Pinang (PHEB) Datuk M.Ramachandran di rumahnya di Taman Alma, Machang Bubok, dekat sini, Khamis lepas.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata kesemua mereka yang berusia 45 hingga 51 tahun itu ditahan secara berasingan di sekitar kawasan Seberang Perai, dekat sini, tiga hari selepas kejadian.

“Secara keseluruhan, seramai 14 saksi kejadian telah direkodkan keterangan dan tiga lelaki ditahan bagi membantu siasatan berhubung kejadian serang dan tetak membabitkan lelaki warga emas berusia 70 tahun tersebut.

“Saya tidak boleh mengulas lanjut kerana polis masih menjalankan siasatan mengenai kejadian itu termasuk mengenal pasti motif sebenar kejadian sama ada ia (kejadian) mempunyai kaitan dengan PHEB itu pun kita sedang siasat,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata ketiga-tiga lelaki itu kini direman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan

Dalam kejadian 7 malam itu, Ramachandran cedera parah di bahagian leher, peha, belakang kepala serta badan selepas diserang empat lelaki menggunakan senjata tajam ketika turun dari keretanya dan mahu masuk ke dalam rumah.

Ramachandran dihantar ke Hospital Bukit Mertajam sebelum dipindahkan ke sebuah hospital swasta di sini untuk pembedahan dan dilaporkan dalam keadaan stabil.

Terdahulu, pada sidang akhbar itu, Mohd Shuhaily berkata Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang menerima sumbangan 500 bakul makanan daripada Pertubuhan Kesedaran Jenayah dan Keselamatan Awam Pulau Pinang (CCPSS) untuk diagih kepada keluarga yang memerlukan di sekitar negeri ini susulan pandemik COVID-19.

Beliau berkata sumbangan diserahkan Pengerusi CCPSS Datuk Anil Shah Abdullah dengan barangan tersebut akan diagihkan secara berfasa dari semasa ke semasa.

— BERNAMA

Tags: #bm, ditahan, tetak

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan