Search
Close this search box.

PM Muhyiddin Ucap Selamat Hari Sarawak Kepada Rakyat Sarawak

ByZhahrulniza

KUCHING, JULAI 22: Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengucapkan Selamat Hari Sarawak 2021 kepada semua rakyat Sarawak, yang menyambutnya hari ini.

“Sambutan ini pastinya amat bermakna kepada rakyat Sarawak, kerana pada tarikh ini 58 tahun lalu, Sarawak secara rasmi mula ditadbir oleh anak Sarawak sendiri,” katanya dalam satu hantaran Facebooknya hari ini.

Beliau juga melahirkan keyakinan, Hari Sarawak akan tetap diraikan dengan penuh makna mengikut cara dan konsep tersendiri, biarpun tanpa aktiviti bersemuka dan berkumpul ekoran pandemik COVID-19.

Buat kali kedua, Hari Sarawak tahun ini yang memilih tema ‘Sarawak Gemilang Untuk Semua’ disambut secara hibrid susulan pandemik COVID-19.

Sambutan Hari Sarawak 2021 akan diadakan di Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kuching, yang bermula 8.30 malam ini, terhad kepada 100 orang tetamu jemputan dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) ketat, berikutan Sarawak masih dalam Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) .

Yang Dipertua Negeri Tun Abdul Taib Mahmud serta isteri dan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg dan isteri, serta beberapa menteri kabinet lain dijangka hadir pada majlis itu.

Ia akan diisi dengan persembahan secara maya seperti tarian bertajuk ‘Sarawak Bahagia’, persembahan video Aspirasi Sarawakku Sayang dan filem pendek ‘I Am Sarawak’ dan video dokumentari ‘The Struggle’.

Sumber: BERNAMA

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan