Search
Close this search box.

Wabak Norovirus ‘serang’ Britain

ByTVS

LONDON – Britain kini berdepan jangkitan baharu wabak Norovirus yang menular dengan kadar lebih pantas.

Lebih 150 kes dilaporkan sejak Mei lalu.

Jangkitan wabak yang menyebabkan penghidapnya mengalami muntah-muntah itu kini dilaporkan mencatatkan kadar jangkitan tiga kali ganda lebih tinggi berbanding lima tahun lepas.

Antara gejala utamanya termasuk rasa mual secara tiba-tiba, muntah dan cirit-birit selain suhu badan yang tinggi, sakit pada bahagain perut serta sakit badan.

Menurut Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS), simptom tersebut boleh berterusan sehingga kira-kira dua hari.

Selain itu, wabak itu menular jangkitan menerusi kontak dengan individu yang telah dijangkiti, permukaan tercemar, atau menerusi pengambilan makanan atau air tercemar.

Sebelum ini, terdapat beberapa laporan berkaitan wabak tersebut, terutama di pusat jagaan kanak-kanak.

Menurut Kesihatan Awam England (PHE), meskipun banyak kes berlaku dalam kalangan kanak-kanak, terdapat jangkitan dalam segenap lapisan  umur.

“Norovirus berada pada tahap yang lebih rendah berbanding biasa sepanjang pandemik susulan kurangnya peluang untuk wabak itu menular kepada orang ramai.

“Bagaimanapun, dengan peraturan-peraturan yang telah dilonggarkan, kami melihat terdapat peningkatan dalam jumlah kes bagi setiap peringkat umur.

“Jadi, pastikan anda kekal berada di rumah jika mengalami simptom-simptom norovirus ini,” kata Timbalan Pengarah Perkhidmatan Jangkitan Kebangsaan PHE, Profesor Saheer Gharbia.

Justeru itu, amalan mencuci tangan dengan air dan sabun merupakan amalan yang amat penting bagi mencegah penularan norovirus dan juga Covid-19.

Penghidapnya bagaimanapun boleh sembuh secara sendiri dalam masa satu ke tiga hari, namun terdapat beberapa kes luar biasa di mana virus tersebut boleh kekal sehingga berminggu atau berbulan.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan