Search
Close this search box.

Varian Delta dikesan di Sibu, penduduk diminta waspada

SIBU, 21 Julai — Penduduk di Sibu diminta berwaspada dan terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) biarpun telah menerima vaksin COVID-19, susulan terdapat varian Delta yang telah dikesan di daerah ini.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Sibu dalam kenyataan hari ini memaklumkan kes itu disahkan Institut Kesihatan dan Perubatan Komuniti Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) melibatkan seorang pendatang tanpa izin warga Indonesia yang memasuki Sarawak pada 5 Julai lepas.

“Kes tersebut telah diambil ujian saringan Tindak Balas Berantai Polimerase (RT-PCR) pada 7 Julai dan didapati positif COVID-19. Sampel telah dihantar ke UNIMAS untuk ujian pengesahan dan kemudiannya ditahan di Hospital Sibu sejak hari tersebut,” menurut kenyataan itu.

Menurut JPBB Sibu, seorang lagi pendatang tanpa izin yang memasuki Sarawak bersama-sama kes itu didapati negatif namun dia masih ditahan di sebuah pusat kuarantin di sini untuk tempoh 21 hari, sementara dua orang warga tempatan yang menjadi kontak kepada kes berkenaan turut dikuarantin untuk tempoh sama.

“Sehubungan itu penduduk Sibu harus berwaspada dan amalkan SOP iaitu sentiasa memakai pelitup muka, menjaga penjarakan fizikal dan elak ke tempat orang ramai berkumpul walaupun sudah menerima vaksin.

“Diingatkan juga supaya jangan mengambil pekerja asing yang tidak sah untuk bekerja,” menurut jawatankuasa itu.

— BERNAMA

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan