Search
Close this search box.

Terungkainya kisah wira yang tak didendangkan

Sebut sahaja pahlawan Sarawak, pasti ramai yang memikirkan Rentap, Rosli Dhoby dan juga Syarif Masahor. Namun begitu, pernahkah kalian mendengar nama Bujang Berani sebelum ini? Dan siapakah mereka yang bergelar ‘Bujang Berani’? 

Kalau diikutkan cerita-cerita orang tua kita dahulu, Bujang Berani merupakan pahlawan-pahlawan Sarawak yang memperjuangkan kemerdekaan Ibu Pertiwi yang tercinta. Keberanian dan semangat patriotisme yang tertanam dalam diri menyebabkan mereka tidak gentar melawan musuh negara pada suatu ketika dahulu.

Mungkin ada yang tahu akan pasukan keselamatan seperti Iban Trackers, Sarawak Rangers, Pasukan Polis Hutan, Rajang Area Security Command (RASCOM) dan Rejimen Renjer Diraja daripada atuk dan nenek mereka pada waktu kecil. Walaupun begitu, mungkin ada yang tidak mengenali pahlawan-pahlawan disebalik kejayaan tersebut kerana kisah mereka jarang disampaikan seperti yang lain.  

Bujang Berani bakal menemui anda di kaca TV pada 22 Julai 2021 ini!

Apa-apa pun, kisah yang tidak didendangkan ini cukup menyayat hati dan diharapkan membuka mata semua lapisan masyarakat terutamanya generasi muda.

Sempena Hari Sarawak pada tahun ini, TVS akan menyiarkan siri dokumentari Bujang Berani arahan Yusmal Ghazali yang bakal mengetengahkan pengorbanan patriot kelahiran Sarawak dalam mempertahankan kedaulatan negara.

Selain menghargai pengorbanan para perwira Bumi Kenyalang yang dikenali di serata dunia, dokumentari bersiri Bujang Berani ini turut memperingati jasa-jasa pasukan keselamatan dalam pertempuran yang berlangsung di Semenanjung Malaysia serta Sarawak pada zaman pemberontakan. 

Ianya amat sukar bagi Yusmal untuk memilih para perwira yang bakal diketengahkan dalam dokumentari ini dan pada akhirnya memutuskan hanya 6 Patriot atau Bujang Berani yang akan tampil setelah berbincang dengan pakar Bujang Berani, Lt Kol (B) Linus Lunsong dan juga tokoh wartawan Sarawak, Encik James Ritchie.

Pada masa yang sama, dokumentari ini memberi peluang untuk kita memahami kisah-kisah peperangan yang sukar dilupakan oleh generasi tua. 

Bujang Berani bakal ditayangkan bermula 22 Julai, pada setiap Khamis, pukul 1.15 tengah hari hanya di TVS saluran 122, Astro dan MYTV.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan