Search
Close this search box.

Sukan Pickleball Makin Dapat Sambutan di Sarawak

Sukan Pickleball mungkin masih asing bagi kebanyakan orang tetapi sukan yang telah wujud sekitar tahun 1960-an di Amerika Syarikat kini makin mendapat tempat di Sarawak.

Presiden Persatuan Pickleball Malaysia, Nicholas Farrell Choo berkata sukan tersebut mendapat sambutan dalam anak muda Sarawak kerana hanya memerlukan gelanggang tenis, “paddle” dan hanya melibatkan kos yang rendah untuk bermain.

“Sukan Pickleball diasaskan di Amerika Syarikat pada 1965. Sukan ini sebenarnya merupakan gabungan sukan lain seperti badminton, tenis dan juga ping-pong. Sukan ini boleh dimainkan di gelanggang badminton kerana saiz gelanggang Pickleball juga sama,” jelas Nicholas.

Menurut beliau, sukan ini dapat dimain di gelanggang badminton atau gelanggang tennis atau juga boleh dimain di kawasan bangunan tertutup atau pun terbuka. Di Malaysia, beliau memulakan sukan pickleball di Miri pada tahun 2019 dan menubuhkan Persatuan Pickleball Malaysia.

Walaupun masih setahun jagung, Nicholas melihat potensi besar dalam sukan ini di Malaysia dan berharap agar sukan ini dapat diperkenalkan di peringkat sekolah sebagai permulaan mencapai impian tersenarai sehingga ke sukan antarabangsa.

“Kami nampak potensi terhadap sukan pickleball ini di Malaysia. Malaysia merupakan antara negara yang terawal menubuhkan sukan ini. Kami amat berbesar hati kerana kami merupakan pelopor awal memulakan sukan ini. Kami juga ingin mensasarkan sukan ini di sekolah” ujar beliau.

Foto: Sukan pickleball yang boleh dimainkan secara perseorangan atau beregu

Beliau percaya melalui penglibatan di peringkat sekolah, sukan ini tidak mustahil dapat menembusi peringkat sukan Malaysia (Sukma).

Beliau yang turut menerajui Persekutuan Pickleball Asia di mana memberitahu terdapat perancangan untuk membawa sukan ini ke peringkat Sukan SEA seterusnya ke peringkat lebih jauh iaitu Sukan Olimpik.

Jelasnya, Persekutuan Pickleball Antarabangsa juga sedang dalam perancangan bagi membawa sukan ini ke peringkat olimpik. Bagi penyertaan sukan olimpik, kita memerlukan beberapa buah negara untuk menyertai sukan ini. Setakat ini, sebanyak 56 negara telah menyertai persekutuan pickleball antarabangsa dan beliau percaya bahawa sukan ini boleh pergi lebih jauh sehingga sukan olimpik.

Presiden Persatuan Pickleball, Delima Ibrahim, juga berharap agar kerajaan Sarawak dapat menyokong sukan pickleball ini dan memperkenalkan sukan ini kepada golongan belia.

Persatuan Pickleball Sarawak, dengan bantuan Persatuan Pickleball Malaysia, mengambil inisiatif untuk mengubah gelanggang tenis lama menjadi gelanggang Pickleball.

“Melalui kerjasama dengan Persatuan Pickleball Malaysia, mereka menyokong saya dan mengubah salah satu gelanggang tenis lama di Piasau Boat Club kepada gelanggang Pickleball. Kami mempunyai bajet yang terhad tetapi saya gembira kerana gelanggang tersebut kelihatan baik. Kami juga sedang mencari fasiliti pickleball yang lain bagi memperkenalkan sukan ini,” ujar beliau.

Beliau berharap agar Persatuan Pickleball Sarawak dapat mencari gelanggang lain untuk dijadikan gelanggang Pickleball bagi orang awam bermain terutamanya golongan belia.

Beliau turut menyeru agar kerajaan dapat menyokong kami dan membantu kami memperkenalkan sukan ini kepada golongan belia.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan