Search
Close this search box.

SOP Cegah COVID-19 Mesti Sentiasa Dipatuhi Juga Di Kawasan Pedalaman

ByFreddy Bohari

SPAOH: Penduduk luar bandar dan di kawasan pedalaman dinasihatkan untuk tidak bersikap sambil lewa dan sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi mencegah COVID-19.

Timbalan Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata demikian ketika beliau mengadakan pertemuan semalam dengan pnduduk rumah panjang dari Melabu Bair di Ulu Layar dan Rumah Jawat di Babu Tengah, Debak yang terletak di dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Saban tidak jauh dari sini.

“Kita belum selamat lagi. Kes positif masih berlaku, dan ini menunjukkan virus ini masih bersama kita, walaupun jangkitan menunjukkan trend penurunan,” tegasnya.

“Kita mesti sentiasa berhati-hati dan berwaspada. Ini termasuk bersikap sangsi terhadap orang luar yang melawat kita tetapi tidak mematuhi SOP, seperti tidak memakai pelitup muka dan sebagainya,” katanya.

Uggah, yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak menambah, pelawat dari luar juga mesti menghormati keperluan untuk melindungi mereka dan kawasan luar bandar.

“Protokol seperti memakai pelitup muka, menjaga penjarakan fizikal, dan lain-lain sepatutnya diikuti dengan ketat,” katanya.

Di Melabu Tengah, beliau mengumumkan geran kerajaan sebanyak RM100,000.00 bagi pembinaan sebuah jambatan gantung besi untuk menggantikan jambatan yang dimusnahkan oleh banjir baru-baru ini di kawasan tersebut.

Di Rumah Jawat, Uggah memeriksa kemajuan kerja meratakan tapak bagi projek pembesaran rumah panjang bersama Ahli Parlimen Betong Datuk Robert Lawson Chuat dan seorang setiausaha politik Ketua Menteri Dr Richard Rapu.

Seterusnya mereka melawat SK Nanga Gayau untuk meninjau kerja menaik-taraf sekolah dengan kos RM7 juta.

Ini termasuk pembinaan sebuah blok bangunan tiga tingkat yang terdiri daripada enam bilik kelas, makmal sains, pejabat guru, pusat pentadbiran, empat unit kuarters guru, dan kemudahan lain.

Pembinaan itu dijangka siap menjelang Januari tahun depan.

Chuat (kiri). Uggah (kanan) dan jurutera JKR Bahagian Betong Chiresly Francis Kureng melihat bahan yang digunakan dalam pembinaan projek pembesaran Sk Nanga Gayau.
Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan