Search
Close this search box.

Selamatkan Dahulu, Bahaya Kemudian

ByConnie Grace

KUCHING: Tindakan berani penghantar makanan dan orang awam yang menyelamatkan empat sekeluarga yang terlibat dalam kemalangan pada Sabtu lalu telah diberi penghargaan oleh Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Sarawak).

Kejadian yang berlaku di Jalan Camar, Petra Jaya itu membabitkan empat mangsa yang terdiri daripada seorang lelaki, seorang wanita, dua kanak-kanak seorang lelaki dan seorang perempuan.

Bagi menghargai jasa murni itu, mereka telah menerima sijil Hero Bomba yang disampaikan oleh Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Sarawak), Khirudin Drahman pada Rabu.

Dalam kejadian kira-kira jam 9:35 malam itu, kereta yang dinaiki empat sekeluarga terbabas dan terbalik di dalam parit sedalam dua meter.

Menceritakan lebih lanjut mengenai insiden kemalangan itu, Suzana Drahman berkata, raungan meminta tolong dari kanak-kanak yang terperangkap di dalam kereta itu memaksanya untuk terus bertindak menyelamatkan.

“Masa itu, saya hanya fikir untuk selamatkan mereka, tapi selepas saya mendengar ada suara kanak-kanak yang meminta tolong.

“Tanpa berfikir panjang, saya terus menelefon pihak bomba untuk melaporkan kemalangan ini,” Katanya.

Bagi Abdullah Kassim, 67, apa yang menjadi keutamaannya selepas tidak berjaya mengejar kereta suspek yang melanggar sekeluarga itu adalah menyelamatkan mangsa semampu yang mungkin walaupun terpaksa mengadai nyawa.

“saya dan menantu saya berusaha untuk mengejar kereta mereka namun tidak berjaya.

“Tanpa membuang masa kami terus berpatah balik, tanpa berfikir bahaya berada di depan, saya terus terjun dan selamatkan mereka,” Katanya ketika ditemui wartawan TVS.

Namun bagi Khairul Izwan, seorang penunggang pengedar makanan P-Hailing, tindakan beliau menyelamatkan mangsa kemalangan dan menerima Sijil Hero Bomba merupakan pengalaman berharga.

“Bagi saya, ini merupakan kali pertama saya menerima sijil penghargaan setelah menyelamatkan mangsa kemalangan,” Ujarnya.

Pada Sabtu, tindakan pantas sekumpulan penghantar makanan bersama orang awam yang sanggup terjun ke parit besar berjaya menyelamatkan empat sekeluarga yang terlibat dalam kemangan di Jalan Camar, Petra Jaya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan