Search
Close this search box.

Sarawak Gemilang Untuk Semua! Nantikan Program Menarik TVS Pada 22 Julai Ini

Sarawak Gemilang Untuk Semua! Sambutan Hari Sarawak 2021 akan tiba tidak lama lagi. Biarpun  kita masih berperang dengan COVID-19, tidak bermakna kita tidak dapat menyambut Hari Sarawak di rumah. TVS sentiasa bersedia untuk melayani anda. Pada tahun ini, TVS akan menayangkan 6 program menarik untuk tontonan anda pada hari esok 22 Julai.

Sejahtera Asia Khas Hari Sarawak

Memaparkan temubual Sejahtera Asia dengan rakan siaran radio serantau Astro FM, RTM FM dan Cats FM bersama sejarawan Sarawak, tokoh terkemuka dan pelajar Sarawak yang belajar di luar negara. Topik yang akan dibincangkan ialah sejarah Sarawak untuk mempamerkan budaya dan warisan Sarawak yang cantik. Ikuti siaran langsung selama 5 jam ini bermula 7.30 pagi esok.

Bujang Berani Premiere

Mengisahkan pengorbanan wira-wira negara yang mempertahankan kedaulatan dan keamanan ibu pertiwi. Tanpa mereka, tidak wujudlah Hari Sarawak. Demi mengingati pengorbanan serta semangat patriotik kuat mereka, nantikan Tayangan Perdana Bujang Berani jam 1.15 petang esok.

Borak Teh C Peng

Biarpun tidak dilahirkan di Sarawak, tidak bermakna anda tidak berjiwa Sarawak. Pada hari esok, Borak Teh C Peng akan menayangkan bual bicara bersama Cikgu Emmet yang berasal dari Semenanjung namun sudah lama menetap di Sarawak. Nantikan perkongsian beliau mengenai keistimewaan Sarawak pada hari esok jam 2.15 petang.

Above & Beyond Premiere

Sejak kecil, kita sentiasa diajar untuk berbuat baik dengan orang lain. Namun, ada yang melangkaui jangkaan dan berusaha lebih keras dari orang lain. Program ini memaparkan kisah individu-individu dalam NGO yang berbakti kepada masyarakat demi menunjukkan kasih sayang dan kebaikan dengan cara mereka sendiri. Nantikan Tayangan Perdana Above & Beyond pada jam 6.30 petang esok.

Pertiwi: From Sarawak With Love Premiere

Anak Sarawak sentiasa memajukan diri dan sanggup merantau jauh mencari rezeki. Dalam siri dokumentari ini, TVS memaparkan kehidupan masyarakat Sarawak yang merantau ke Semenanjung Malaysia demi mengharumkan nama Sarawak. Jangan lupa saksikan Tayangan Perdana Pertiwi: From Sarawak With Love pada  jam 7.15 malam esok.

Sambutan Perayaan Hari Sarawak

Program kemuncak Hari Sarawak semestinya Sambutan Perayaan Hari Sarawak. Bertemakan Sarawak Gemilang Untuk Semua, TVS akan membuat siaran langsung Hari Sarawak pada jam 8.00 malam esok 22 Julai. Ayuh kita bersama-sama menyambut sambutan kebanggaan, Sambutan Perayaan Hari Sarawak di TVS.

Ikuti TVS Saluran 122 Astro dan MYTV dan jangan lupa saksikan program-program menarik ini. Selamat Menyambut Hari Sarawak!

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan